BERITA SEMASAHIBURAN

Isteri Jay Jay reda pemergian suami

PETALING JAYA – Isteri kepada penyanyi, Datuk Jay Jay berkata dia reda dengan pemergian suaminya, malam tadi.

Menurut Zaitoon Wahid, 61, Allahyarham suaminya menghembuskan nafar terakhir dalam tidurnya, pada kira-kira pukul 9.27 malam tadi di Hospital Thomson, Kota Damansara.

“Dia pergi dengan tenang selepas apa yang dilalui, dia tidur dan pergi buat selamanya.

“Anak-anak dan adik-beradik arwah semuanya ada.

“Alhamdulillah kami tengok dia pergi dengan baik dan sebelum itu dia tiada pun tunjuk tanda-tanda dia sakit tapi keadaanya makin teruk selepas raya yang lalu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Al Husna, Bandar Sunway, di sini hari ini.

Kongsi Zaitoon, Allahyarham mula mengalami komplikasi organ dalaman selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

“Selepas pembedahan bypass (pembedahan pintasan jantung) dibuat pada Jun lalu, dia mula mengalami komplikasi,” katanya.

Kira-kira 200 orang kenalan dan keluarga hadir ke sini bagi memberi penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Petaling Jaya, Selangor sebelum solat Zuhur.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button