[VIDEO] Pelajar perempuan hilang ditemukan meninggal dunia dalam kereta
Ditemukan bersama jasad lelaki dipercayai teman lelaki
SANDAKAN – Seorang pelajar perempuan yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya di Bandar Sejati Walk, di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan K Ramasamy berkata, jasad kedua-duanya ditemukan di bahagian penumpang belakang kenderaan berkenaan kira-kira pukul 8 pagi.
@malaysiatribune Seorang pelajar perempuan yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya di Bandar Sejati Walk, di sini hari ini. #malaysiatribune #beritasemasa #trandingnewsmalaysia
“Sejurus menerima maklumat daripad aorang awam, sepasukan anggota polis bersama unit forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah digerakkan ke lokasi kejadian.
P”emeriksaan mendapati semua tingkap kereta tertutup rapat dan berkunci dengan barang berharga milik mangsa masih berada dengan mangsa,” katanya hari ini.
Beliau kemudiannya memberitahu, siasatan awal mendapati, remaja lelaki berusia 18 tahun itu keluar dari rumah untuk bertemu dengan pelajar perempeuan berkenaan kelmarin, sebelum kedua-duanya gagal dihubungi.
“Bapa mangsa (kemudian) menemukan kereta miliknya di tempat letak kereta Bandar Sejati Walk sebelum menemukan kedua-dua mangsa selepas membuka pintu kereta menggunakan kunci pendua,” katanya.
Ramasamy berkata, pemeriksaan awal juga tidak menemukan sebarang unsur jenayah atau khianat dan jasad kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent bagi proses bedah siasat.
Setakat ini, katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








