Warga emas maut dalam kemalangan babitkan tiga kenderaan
KUANTAN – Seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun maut manakala sembilan individu lain terselamat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan–Seremban, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.25 pagi apabila sebuah lori treler dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar dua buah kereta, termasuk sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).
Menurut beliau, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai So’id Lebai Hamid, yang merupakan penumpang belakang MPV dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
“Mangsa lain termasuk pemandu serta penumpang kedua-dua kenderaan dan pemandu lori treler dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori treler yang mempunyai 16 saman trafik atas pelbagai kesalahan, cuai ketika memandu sehingga menyebabkan kenderaan itu terbabas ke laluan bertentangan.
Sementara itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








