Sultan Pahang bantu mangsa kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo
KUCHING – Keprihatinan Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah terserlah apabila baginda berkenan membantu mangsa kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pan Borneo berhampiran Kampung Stungkor, Jalan Bau-Lundu, di sini, kira-kira pukul 3.30 petang hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, kejadian berlaku ketika baginda dalam perjalanan dari Lundu ke Kuching selepas berkenan merasmikan Masjid Al-Sultan Abdullah Telok Melano, Sarawak.

“Baginda yang memandu sendiri kemudian terlihat kemalangan membabitkan pasangan suami isteri yang menaiki motosikal dengan sebuah kereta dipandu seorang wanita tempatan.
“Paduka Baginda segera menitahkan agar ambulans yang bersama-sama konvoi membantu kedua-dua mangsa yang agak parah agar di bawa ke Hospital Lundu untuk mendapatkan rawatan,” menurut hantaran tersebut.
Tambah hantaran itu, di tengah terik mentari, baginda turun melihat serta bertanya sendiri situasi mangsa serta membantu menenangkan mangsa sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuching.
Tindakan Sultan Pahang itu mencerminkan keprihatinan baginda terhadap keselamatan dan kebajikan rakyat, tanpa mengira keadaan serta latar belakang mereka.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








