JENAYAH & MAHKAMAH

Polis bongkar stor seleweng diesel, nilai rampasan RM400,000

PULAU PINANG – Polis berjaya membongkar kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi satu serbuan bersepadu di sebuah stor berlesen di sini semalam, dengan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM400,000.

Operasi semalam itu melibatkan kerjasama antara Cawangan Khas Kontinjen Pulau Pinang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri hasil risikan yang dijalankan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ts Azizee Ismail berkata, serbuan tersebut membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan selain merampas pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti penyelewengan.

Menurutnya, kes kini dirujuk kepada pihak KPDN untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 serta peraturan berkaitan, termasuk kesalahan menjual barang kawalan tanpa lesen dan mendapatkan bekalan daripada sumber tidak sah.

“Anggaran keseluruhan rampasan dan sitaan adalah sekitar RM400,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Jika sabit kesalahan, individu boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun, manakala bagi kesalahan berulang, denda boleh meningkat sehingga RM3 juta.

Bagi syarikat pula, denda maksimum RM2 juta boleh dikenakan bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan seterusnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button