JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan lima individu kes gaduh di Pangsapuri Seri Perantau

SHAH ALAM – Pihak polis menahan lima lelaki tempatan termasuk seorang remaja berusia 18 tahun yang disyaki terlibat dalam pergaduhan berhampiran Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 4 petang semalam.

“Susulan laporan diterima, lima suspek berusia antara 18 hingga 47 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Semua suspek direman empat hari bermula hari ini dan punca pergaduhan berkenaan masih dalam siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata atau objek yang boleh mendatangkan kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara, denda atau kedua-duanya sekali.

Katanya, orang ramai diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat tidak sahih di media sosial, bagi mengelakkan kegusaran awam serta tidak mengganggu proses siasatan yang sedang dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta untuk tampil menyalurkannya terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, rakaman yang memaparkan sekumpulan individu bergaduh tular di media sosial.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button