BERITA SEMASA

Kes pelajar jatuh bangunan, JPNS laksana siasatan dalaman

SEREMBAN – Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kematian seorang pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah di Sendayan, pagi tadi.

JPNS dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu kini sedang dalam siasatan pihak polis dan JPNS akan memberi kerjasama penuh bagi membantu siasatan.

BACA JUGA:
Polis siasat insiden pelajar Tingkatan Empat jatuh bangunan sekolah
Pelajar maut dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sekolah di Sendayan

“JPNS telah memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti setiap perkara berkaitan.

“Kami memohon semua pihak untuk memberi ruang dan menghormati sensitiviti keluarga yang sedang berhadapan keadaan sukar pada ketika ini,” kata kenyataan itu, hari ini.

JPNS dalam kenyataan sama turut merakam ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian itu.

Katanya, keutamaan ketika ini adalah memastikan bantuan terbaik dapat disalurkan kepada keluarga mangsa, selain menyediakan sokongan psikososial kepada warga sekolah yang terkesan dengan kejadian itu.

Laporan media sebelum ini menyebut, seorang pelajar perempuan tingkatan empat dilaporkan meninggal selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah menengah di Sendayan, Seremban pagi tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button