JENAYAH & MAHKAMAH

Ibu dua kanak-kanak jatuh bangunan didakwa di mahkamah

JOHOR BAHRU – Ibu kepada dua beradik yang terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Tampoi, awal bulan ini, didakwa atas pertuduhan pengabaian kanak-kanak, di mahkamah semalam.

Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad berkata, suspek yang juga warga asing berusia 37 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, 7 Jun lalu.

Dalam kejadian tersebut, seorang kanak-kanak disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah.

“Suspek dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

“Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor sebelum arahan pertuduhan dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya.

Menurutnya, mahkamah membenarkan suspek diikat jamin sebanyak RM8,000, namun wanita itu gagal membayar wang jaminan berkenaan.

“Suspek kini ditahan di penjara sehingga tarikh sebutan semula kes pada 22 Julai depan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak mengikut emosi atau melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang berhubung kes berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button