BERITA SEMASA

Pelajar maut dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sekolah di Sendayan

SEREMBAN – Seorang pelajar perempuan tingkatan empat dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah menengah di Sendayan, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 10 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Insiden berkenaan menggemparkan warga sekolah dan penduduk sekitar apabila orang ramai dilihat berkumpul di kawasan sekolah sejurus selepas kejadian berlaku.

Seorang penduduk berusia 60-an berkata, dia menyedari kejadian itu berlaku sewaktu pulang ke rumah dari Seremban.

“Rumah saya bersebelahan sahaja dengan sekolah ini. Saya tengok ramai orang berkerumum. Tak sangka pula ada kes pelajar terjatuh,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

Bagaimanapun, punca sebenar insiden itu masih belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Setakat ini, polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button