JENAYAH & MAHKAMAH

Guru wanita rempuh pelajar dibawa ke mahkamah hari ini

KOTA BHARU – Guru wanita yang dipercayai merempuh dua pelajar di hadapan surau sekolah sehingga menyebabkan seorang pelajar tingkatan satu maut tengah hari semalam dibawa ke mahkamah, pagi ini.

Suspek yang berusia 57 tahun itu tiba dengan menaiki trak polis pada pukul 8.40 pagi dan memakai baju lokap.

Guru berkenaan akan direman di Mahkamah Majistret dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, memetik laporan Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asistan Komisioner Mohd Azmir Damiri dilaporkan berkata, kejadian pada pukul 1.50 tengah hari itu membabitkan seorang pemandu kereta dan mangsa adalah dua pelajar perempuan.

BACA JUGA:

Pelajar perempuan maut, rakan cedera dilanggar kereta dalam kawasan sekolah

Katanya, siasatan awal mendapati pemandu wanita dipercayai tertekan pedal minyak kenderaan lalu terbabas sebelum melanggar dua pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas.

Mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya yang cedera parah dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu (HRPZ II).

Media semalam melaporkan, seorang pelajar tingkatan satu maut manakala seorang lagi parah selepas dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu seorang wanita di hadapan surau sekolah berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button