PKR Taiping kecam keganasan terhadap anak Rafizi
TAIPING – PKR Cabang Taiping mengecam sekeras-kerasnya insiden kejam yang menimpa anak kepada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, dalam kejadian di Putrajaya hari ini.
Naib Ketua Cabang II, Muzamir Ismail berkata, tindakan biadab menggunakan jarum suntikan itu jelas merupakan bentuk keganasan terancang yang tidak boleh diterima sama sekali.
Menurutnya, perbuatan tersebut bukan sahaja mengancam keselamatan mangsa, malah cuba melemahkan keberanian serta semangat juang pemimpin yang berkhidmat untuk rakyat.
“Keganasan bukan budaya masyarakat kita dan tidak boleh dibiarkan menjadi norma.
“Tindakan ini adalah pengecut dan mesti dikecam oleh semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas serta segera dengan menggunakan segala kepakaran bagi memastikan pelaku dibawa ke muka pengadilan tanpa kompromi.
Muzamir menzahirkan rasa simpati dan solidariti kepada Rafizi serta seluruh ahli keluarganya, selain mendoakan agar anak beliau segera sembuh dan sentiasa dilindungi Allah SWT.
Dalam kejadian tengahari tadi, anak Rafizi diserang oleh dua lelaki bertopeng di sebuah pusat beli belah dan dicucuk dengan jarum suntikan.
Mangsa berusia 12 tahun itu kemudian dihantar ke Hospital Putra Malaysia (UPM) untuk menerima rawatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








