Kerajaan tambah RM150 juta siapkan projek rumah generasi baharu Felda – PM
KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta bagi membiayai penyiapan projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang tertangguh di seluruh negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, suntikan dana terbabit memfokuskan kepada usaha memulihkan tiga projek perumahan yang membabitkan pembinaan sejumlah 554 unit kediaman di Johor dan Terengganu.
“Kebajikan warga peneroka serta generasi kedua dan ketiga Felda sentiasa menjadi antara keutamaan pentadbiran negara menerusi penyediaan kediaman yang berkualiti dan mampu milik.
“Kita tidak mahu melihat projek perumahan yang sepatutnya menjadi tempat berteduh generasi baharu peneroka dibiarkan terbengkalai akibat masalah kelemahan pengurusan kontraktor atau pembiayaan masa lalu.
“Peruntukan RM150 juta ini adalah bukti komitmen berterusan kerajaan bagi memastikan pembinaan ini dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Anwar turut mengarahkan pengurusan Felda untuk mengetatkan pemantauan di tapak pembinaan bagi mengelakkan sebarang kelewatan berulang sekali gus menjamin hak pemilikan kediaman bagi para peneroka.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








