Anwar beri amaran henti campur tangan politik dalam pelaburan GLC
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan larangan mutlak terhadap sebarang bentuk campur tangan politik dan menteri dalam keputusan pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
Beliau berkata, setiap pertimbangan perniagaan, pelaburan strategik serta pemilihan projek mestilah ditentukan sepenuhnya oleh jawatankuasa pelaburan profesional berasaskan merit kewangan dan pulangan jangka panjang.
Menurutnya, amalan melantik tokoh atau pemimpin yang menganggap entiti milik awam sebagai harta pusaka peribadi atau keluarga tidak akan lagi dikompromi dalam pentadbiran semasa.
“Saya telah menetapkan garis panduan yang sangat tegas bahawa menteri atau orang politik tidak boleh campur tangan dalam keputusan panel pelaburan GLC mahupun GLIC.
“Tanggungjawab mengurus dana amanah awam mesti dipikul secara profesional oleh mereka yang mempunyai kepakaran teknikal tanpa dipengaruhi kepentingan kelompok tertentu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar turut berkata, pengawasan berkala oleh institusi audit negara serta ketetapan tatakelola yang ketat menjadi benteng utama bagi memastikan entiti berkenaan berdaya saing di peringkat global.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








