Anwar sangkal dakwaan sekat peruntukan, Terengganu terima RM8.2 bilion
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan pembangkang kononnya Kerajaan Persekutuan menafikan hak peruntukan pembangunan kepada negeri yang ditadbir parti lawan.
Beliau berkata, jumlah peruntukan pembangunan dan pengurusan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri Terengganu sebenarnya melonjak kepada RM8.2 bilion bagi perancangan tahun 2027 melalui mekanisme penyaluran dana pembangunan kawasan yang kini disalurkan terus kepada projek-projek yang memanfaatkan rakyat di peringkat akar umbi.
“Dakwaan mengatakan kerajaan zalim dan menyekat dana adalah tidak berasas sama sekali, kerana angka peruntukan untuk Terengganu meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.
“Pendekatan kita jelas iaitu menyalurkan wang tersebut secara telus kepada projek kemudahan asas, pembaikan sekolah daif, klinik desa dan infrastruktur rakyat, bukan diserahkan terus ke akaun individu Ahli Parlimen,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar turut berkata, ketelusan agihan dana awam tanpa mengira sempadan politik adalah asas keadilan sosial yang sentiasa dipertahankan oleh pentadbirannya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








