BERITA SEMASA

FELDA lantik firma audit bebas, perkukuh tadbir urus kumpulan

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Berhad (FGV) telah melantik sebuah firma audit bebas bagi melaksanakan forensik audit terhadap aktiviti khusus sebuah entiti yang mempunyai hubungan korporat dengan Kumpulan berkenaan.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya juga sedang dalam proses pelantikan firma audit bebas ke atas beberapa buah anak syarikat yang lain.

Kenyataan tersebut menyebut. pelantikan itu dilaksanakan selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Jawatankuasa Khas Hala Tuju FELDA 2030.

ā€œLangkah ini dirangka khusus untuk menambah baik tahap tadbir urus Kumpulan FELDA demi kelestarian agensi tersebut,ā€ katanya dalam kenyataan tersebut, hari ini.

Tambahnya, FELDA akan terus meneliti keperluan untuk melantik firma audit bebas bagi melaksanakan pengauditan forensik secara profesional dan menyeluruh ke atas FELDA dan semua organisasi di bawah Kumpulan FELDA.

Sebagai rekod, inisiatif pengauditan forensik terhadap FELDA telah dilaksanakan sejak tahun 2019 menerusi pelantikan Tetuan Ernst & Young (EY) dan dapatan laporan audit berkenaan telah pun dibentangkan di Parlimen melalui Kertas Putih FELDA pada tahun 2020.

Katanya, pelaksanaan audit terbaharu itu mencerminkan komitmen berterusan pengurusan Kumpulan FELDA dalam memperkukuh aspek tadbir urus, akauntabiliti, ketelusan dan pematuhan di semua peringkat operasi.

ā€œFELDA kekal tegas dengan pendiriannya ehiuk mgi dantikape karentingan organisasi serta kesejahteran peneroka sentiasa dilindungi dan terpelihara,ā€ katanya.

Terdahulu, SPRM pada 2 September lalu dilaporkan membuka enam kertas siasatan baharu berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah membabitkan Felda serta anak syarikatnya, Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC).

Siasatan menerusi Ops Fella itu dibuat susulan maklumat diterima SPRM pada 24 Ogos lalu berkaitan pelaksanaan projek dan pelaburan oleh pengurusan Felda serta FIC antara 2010 hingga 2020.

Antara enam perkara yang menjadi fokus siasatan ialah dakwaan penyelewengan dalam pembangunan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button