Untung KWAP RM8 bilion, kerugian eFishery hanya 2.4 peratus
KUALA LUMPUR – Keuntungan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mencecah RM8 bilion, manakala kerugian pelaburan berkaitan eFishery hanya mewakili 2.4 peratus daripada keseluruhan pelaburan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan mengambil pendekatan lebih teliti dalam menilai pelaburan bagi memastikan kesilapan sama tidak berulang pada masa hadapan.
Menurutnya kerugian berkaitan eFishery itu membabitkan pelaburan oleh Temasek Holdings dan SoftBank.
“Keuntungan KWAP mencecah RM8 bilion, manakala kerugian berkaitan eFishery hanya mewakili 2.4 peratus daripada keseluruhan pelaburan,” katanya ketika menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar turut berkata, kerajaan akan memperhalusi proses penilaian pelaburan bagi memastikan keputusan dibuat dengan lebih berhati-hati serta mengambil kira risiko yang berpotensi menjejaskan pulangan pelaburan.
“Langkah itu juga bertujuan memastikan kesilapan sama tidak berulang, sekali gus memperkukuh tadbir urus dan pengurusan pelaburan pada masa hadapan,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








