KWAP labur RM3 bilion – PM Anwar
Dilaksana menerusi Dana Pemacu, sokong pertumbuhan tinggi syarikat tempatan
KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) akan menyuntik dana sebanyak RM3 bilion menerusi Dana Pemacu bagi menyokong pertumbuhan tinggi syarikat tempatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan suntikan dana itu turut berkata, ia akan dilaksanakan menerusi pelaburan patuh Syariah yang akan turut menjadi pemangkin kepada ekosistem pelaburan teroka.
Tambahnya, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pula akan menubuhkan ‘Social Exchange’ pertama di Malaysia, dengan pendekatan berstruktur untuk penyertaan modal swasta dalam projek dengan hasil sosial yang positif.
“Ini akan memberi manfaat kepada entiti seperti badan bukan kerajaan (NGO), perusahaan sosial dan Majlis Agama Islam Negeri.
“Saya juga berbesar hati memperkenalkan dimensi baharu kepada terbitan sukuk kita di bawah kerajaan Malaysia melalui struktur wakalah ‘bil-khadamat’.
“Kita merancang untuk memuktamadkan sukuk ini menjelang 2025, sambil berusaha untuk menyelesaikan semua pengaturan dan penyediaan yang diperlukan,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam dengan tema Ekonomi Islam Global: Agenda Reformasi Untuk Kesejahteraan Bersama, di sini hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








