BERITA SEMASADALAM NEGERI

PM doa kesembuhan Presiden Prabowo, jadual pertemuan dengan Thaksin Shinawatra

LANGKAWI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau dan keluarga telah berada di Pulau Langkawi untuk menerima kunjungan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.

Namun, pertemuan yang dirancang pada hari ini terpaksa ditangguhkan atas permintaan Presiden Prabowo kerana demam yang dialami.

“Beliau memohon menangguhkan pertemuan untuk beberapa hari kerana demam.

“Saya mendoakan agar Presiden Prabowo diberi kesembuhan sesegera mungkin sekali gus dapat menyambung rencana pertemuan dua negara,” kata Anwar melalui kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.

Perdana Menteri turut mengesahkan pada 26 Disember ini, beliau dijadualkan bertemu dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra bagi membincangkan agenda serantau di bawah kerangka ASEAN.

Pertemuan tersebut diharap dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan kestabilan rantau Asia Tenggara.

Pertemuan dua hala seperti itu mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik dengan negara-negara jiran demi kepentingan bersama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button