Anwar batal lawatan ke Pahang atas nasihat doktor
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan lawatan kerja beliau ke negeri Pahang yang dijadualkan hari ini.
Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini, keputusan itu dibuat atas nasihat pasukan perubatan selepas beliau mengalami sakit belakang yang menyebabkan pergerakan menjadi terbatas.
Sehubungan dengan itu, beliau dinasihatkan oleh doktor agar mendapatkan rehat secukupnya bagi memulihkan keadaan kesihatannya.
“Pembatalan saat akhir ini dibuat atas nasihat pasukan perubatan setelah YAB Perdana Menteri mengalami sakit belakang yang menyebabkan pergerakan terbatas.
“Atas nasihat doktor, YAB Perdana Menteri dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memohon maaf setulusnya kepada rakyat Pahang yang telah bersiap sedia menyambut kehadiran beliau.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








