
Menjawab Muhyiddin kononnya Anwar tidak amalkan demokrasi
HARI INI, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengamalkan demokrasi.
Kepada Muhyiddin dan penyokong Perikatan Nasional (PN), jom kita tengok siapa yang mengangkat demokrasi dan siapa yang mencabul demokrasi.
Pertama sekali, kedua-dua Muhyiddin dan Anwar adalah PM. Seorang PM8, seorang lagi PM10.
Apa asas demokrasi yang seorang PM kena buat? Kena buktikan yang mereka ada sokongan majoriti.
Anwar sejurus dilantik ke jawatan PM, dia terus usulkan Undi Percaya untuk tengok berapa ramai sokong dia. Akhirnya, usul lulus dan Anwar terbukti ada majoriti.
Muhyiddin? Bukan setakat tak berani buat usul sendiri, siap tolak usul pembangkang untuk check. So, siapa yang tak praktis demokrasi?
Satu lagi tiang demokrasi adalah Parlimen. Apa berlaku di zaman Muhyiddin? Dia tutup Parlimen dan tak benarkan bersidang lama.
Alasan kononnya sebab COVID-19 tu tak masuk akal. Sebab masa tu, hampir semua sektor dah mula beroperasi macam biasa, KECUALI Parlimen. So, siapa yang tak praktis demokrasi?
Bila rakyat marah sebab sektor lain semua dah buka, tapi Parlimen ditutup, apa Muhyiddin buat? Dia isytihar darurat.
Dah lah isytihar darurat, Ahli Parlimen PN pula ‘menipu’ rakyat guna nama Yang di-Pertuan Agong untuk cover-up kebaculan mereka. So, siapa yang tak praktis demokrasi?
Muhyiddin juga sebut pasal kebebasan bersuara.
Jom bandingkan kebebasan zaman Muhyiddin dan zaman Anwar.
Dari segi kebebasan media, zaman Muhyiddin, Al Jazeera buat laporan pun siap diserbu bagai. Zaman Anwar tiada pun insiden sebegini.
Sebab tu lah, zaman Anwar, ranking kebebasan media, kita catat kedudukan terbaik dalam sejarah. So, siapa yang tak praktis demokrasi?
Dari segi kebebasan bersuara rakyat, zaman Muhyiddin, belum level fitnah pun, baru kritik MySejahtera pun dah kena cekup polis.
Bukan setakat tu, pak cik tua kritik Sanusi pun, kena cekup pukul 3 pagi. So, siapa yang tak praktis demokrasi?
Ini pula bonus untuk Muhyiddin. Sebagai PM, kena lah ada telur berdepan dengan media. Anwar belum pernah lari dari wartawan dan tak takut live.
Muhyiddin? Baru nak buat live, terus cuak “live, why live?” So, siapa yang tak praktis demokrasi?
Konklusinya:
1) Anwar lebih ke hadapan soal demokrasi berbanding Muhyiddin.
2) Muhyiddin bukan setakat jauh ke belakang dari Anwar dari segi demokrasi, malah menjadi satu-satunya PM yang jadi PM melalui pintu belakang. Tu pun ada hati nak cakap pasal demokrasi.
Oleh Farhan Zulkefly
Pegawai Tugas-tugas Khas,
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Malaysia Tribune.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








