BERITA SEMASA

LIMA ’25 fokus perkasa syarikat tempatan, terutama PKS – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25) yang dijadual berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini memberi penekanan kepada pemerkasaan syarikat tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menerusi kenyataan yang disampaikan oleh Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Tunku Abaidah, penganjuran LIMA ’25 dilihat sebagai platform strategik untuk membantu PKS menembusi pasaran antarabangsa melalui pendekatan inovatif.

“LIMA juga akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara dengan menarik pelaburan langsung asing, selain merancakkan sektor pelancongan dan perdagangan antarabangsa,” katanya menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia selama empat hari bermula Selasa ini, atas jemputan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Lawatan tersebut akan merangkumi kunjungan ke Moscow dan Kazan, Tatarstan. Perdana Menteri dijadual menghadiri Forum Ekonomi Antarabangsa Ke-16 atas jemputan Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button