BERITA SEMASA

[VIDEO] PM arah Jemaah Menteri tegas isu integriti

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jemaah Menteri supaya memberi penegasan khusus terhadap aspek integriti, susulan pendedahan kes salah laku dan rasuah membabitkan pengurusan tertinggi jabatan serta agensi kerajaan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penegasan itu disuarakan Anwar ketika mempengerusikan mesyuarat Jemaah Kabinet, hari ini.

@malaysiatribune

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jemaah Menteri supaya memberi penegasan khusus terhadap aspek integriti, susulan pendedahan kes salah laku dan rasuah membabitkan pengurusan tertinggi jabatan serta agensi kerajaan. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penegasan itu disuarakan Anwar ketika mempengerusikan mesyuarat Jemaah Kabinet, hari ini. #malaysiatribune #beritasemasa #videoreelsシ #pmx #trending

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Perdana Menteri minta supaya beberapa isu terutama aspek penguatkuasaan yang Perdana Menteri tegur dalam perhimpunan bulanan baru-baru ini diberikan penegasan oleh anggota Jemaah Menteri.

“Ini kerana kalau kita lihat beberapa tindakan yang diambil oleh badan penguatkuasaan (terhadap kes ketua jabatan kerajaan) menunjukkan mungkin beberapa sikap yang tidak membantu, itu menghakis keyakinan rakyat terhadap institusi (kerajaan),” katanya.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, Jemaah Menteri menegaskan tidak akan masuk campur dalam setiap tindakan terhadap isu integriti membabitkan badan penguatkuasaan terbabit.

Tambah beliau, tindakan penguatkuasaan dan siasatan itu telah dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk kes terbaru membabitkan Ketua Pengarah Alam Sekitar serta timbalannya.

“Jemaah Menteri tidak masuk campur dan tidak mencampuri tangan dalam isu ini, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada badan penguat kuasa untuk mengambil tindakan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button