JENAYAH & MAHKAMAH

Anggota Maritim Malaysia meninggal dunia ketika operasi kejar PATI

KANGAR – Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kematian seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) manakala tiga lagi cedera ketika satu operasi pengawasan sempadan di perairan Perlis, awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, hari ini, lapor NST.

“Disahkan satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut,” katanya.

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41, yang berkhidmat dengan Unit Perisikan di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis.

Difahamkan, insiden berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi sewaktu pegawai terbabit sedang menjalankan operasi rondaan dan keselamatan di perairan Perlis.

Difahamkan, mereka sedang mengejar sebuah bot yang disyaki membawa sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar apabila bot peronda mereka didakwa melanggar benteng pantai di Sungai Padang, mengakibatkan empat pegawai termasuk Roshaimi tercampak ke dalam laut.

Rakan setugasnya menyedari kehilangannya semasa proses pengiraan anggota (headcount).

Jasad mangsa kemudiannya ditemukan kira-kira sejam kemudian susulan operasi pencarian yang dijalankan.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampung halamannya di Kuala Nerang, Kedah, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button