JENAYAH & MAHKAMAH

Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dipenuhi sampah

IPOH – Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah yang penuh dengan longgokan sampah dan barangan terpakai di Taman Golden Dragon dekat Kampar, semalam.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.22 petang berkaitan sebuah rumah jenis dua tingkat dengan pintu berkunci, lapor BERNAMA.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati pihak polis dan petugas KKM (Kementerian kesihatan) telah berada di situ.

“Pintu hadapan tidak dapat dibuka sepenuhnya kerana terdapat halangan membabitkan sejumlah barangan lama dan sampah.

“Dimaklumkan terdapat seorang mangsa wanita kelahiran Malaysia yang berkerakyatan Amerika Syarikat berumur 61 tahun di dalam rumah dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM sebelum jentera bomba tiba,” katanya.

Beliau berkata, berikutan laluan pintu hadapan terhalang oleh barangan terpakai dan sampah itu, pasukan bomba terpaksa membuka pintu belakang bagi memudahkan mangsa dibawa keluar.

Jasad mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button