Suspek pembunuhan ketua gereja rancang bunuh lebih ramai
PHOENIX – Suspek kepada kes pembunuhan seorang ketua gereja atau pastor warga emas di Arizona mengakui merancang untuk membunuh sekurang-kurangnya 13 orang lagi pemimpin Kristian di negara itu.
Dalam kejadian pada 28 April lalu, mangsa, Pastor William Schonemann, 76, ditemui mati di atas katil di kediamannya dalam keadaan seperti disalib dan dipakaikan mahkota duri di kepalanya.
Gabenor Arizona, Katie Hobbs berkata, siasatan awal mendapati suspek menyasarkan pastor-pastor Kristian kerana didakwa menyebarkan ajaran agama yang menyimpang daripada ajaran sebenar.
“Suspek dalam masa yang sama merancang untuk membunuh 13 lagi individu di 10 negeri berbeza.
“Pihak berkuasa percaya suspek bertindak bersendirian atas pengaruh kebencian agama berdasarkan perancangan yang diperoleh daripada keterangan awal serta bahan bukti yang ditemukan,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Sheafe mendakwa Pastor Bill menyebarkan ajaran bertentangan dengan firman tuhan dan menyifatkan pembunuhan itu sebagai satu bentuk ‘hukuman’ terhadap pemimpin yang menyesatkan umat.
“Saya pandu dari Phoenix ke rumah Bill pukul dua pagi Ahad dan laksanakan hukuman ke atasnya,” jelasnya dalam pengakuan kepada pihak berkuasa.
Suspek juga memaklumkan tidak berminat untuk mencederakan orang awam dan hanya menyasarkan golongan pastor.
“Ketika tiba di rumah mangsa, saya terlihat dua wanita di halaman namun tidak bertindak terhadap mereka,” ujarnya.
Suspek menyatakan Arizona dipilih sebagai lokasi pertama kerana dianggap sebagai ‘Taman Eden’, sebelum merancang tiga lagi serangan di negeri itu termasuk Las Vegas, Portland, Seattle dan Detroit.
Sheafe diberkas dua hari selepas kejadian di Sonoma semasa siasatan berkaitan kes pecah rumah.
Bekas ejen FBI, Martin Hellmer menyifatkan kejadian tersebut sebagai salah satu kes jenayah paling mengerikan pernah disaksikan.
“Ia mengejutkan dan meninggalkan kesan mendalam terhadap keluarga mangsa serta komuniti gereja yang terlibat,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








