LUAR NEGARA

Empat individu dinamakan sebagai suspek dalam tragedi feri Laut Jawa

JAKARTA – Polis Indonesia menamakan empat individu sebagai suspek berhubung insiden feri KM Virgo Transport 8 yang terbalik sebelum karam di Laut Jawa pada 13 Sept, menurut polis Kalimantan Selatan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Pegawai polis tempatan, Sigit Haryono berkata, empat suspek itu ialah kapten kapal, seorang pegawai daripada syarikat perkapalan dan logistik PT Virgo Karya Shipping, pengurus cawangan syarikat serta pengurus operasinya.

Kapten kapal kini ditahan di ibu pejabat polis Kalimantan Selatan manakala tiga suspek lain telah dipanggil untuk menjalani soal siasat, kata Sigit.

Sehingga Jumaat, seramai 80 mangsa ditemukan meninggal dunia manakala 108 orang terselamat dan 55 lagi masih hilang, menurut Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas).

Feri yang membawa 243 penumpang itu bertolak dari Surabaya, Jawa Timur pada 12 Sept menuju Banjarmasin, Kalimantan Selatan.

Feri berkenaan berdepan cuaca buruk semasa pelayaran dan terputus hubungan kira-kira 2 pagi waktu tempatan pada 13 Sept. – BERNAMA

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button