JENAYAH & MAHKAMAH

Penganggur warga Myanmar didakwa bunuh bekas isteri

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh bekas isterinya dalam satu kejadian di Setapak, bulan lalu.

Tertuduh, Aung Tun Ngwa, 26, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri, namun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh bekas isterinya, Merry Yet Ngwa, 33, di hadapan Blok 1, Kondominium Genting Court, Taman Setapak Indah Jaya, kira-kira jam 2.30 petang pada 23 April lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 31 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor M Naresh Kumar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum itu Ketua Polis Kuala Lumpur memaklumkan mangsa maut akibat kecederaan tikaman di bahagian dada berdasarkan hasil bedah siasat.

Kes berkenaan mendapat perhatian susulan kejadian berlaku di kawasan perumahan awam dan dipercayai melibatkan konflik peribadi antara suspek dan mangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button