BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Mayat suspek terbunuh dalam kes serangan Balai Ulu Tiram tidak dituntut

ULU TIRAM – Jenazah lelaki yang maut ditembak dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini, kelmarin masih belum dituntut waris di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

Menurut sumber, proses bedah siasat selesai manakala proses pengebumian lelaki berusia 21 tahun itu dijangka akan dilakukan di Pusara Islam Kampung Sungai Tiram di Batu 19, Kampung Sungai Tiram iaitu terletak berhampiran kediaman keluarganya.

Tinjauan ke tanah perkuburan itu mendapati terdapat persiapan yang dilakukan bagi pengebumian jenazah di lokasi berkenaan dengna sebuah khemah berwarna biru turut dilihat didirikan di kawasan itu, lapor Buletin TV3.

Bagaimanapun kedudukan liang lahat yang disediakan terletak di hujung tanah perkuburan iaitu kira-kira 30 meter dari lokasi persemadian yang lain.’

Tinjauan turut mendapati tiada sebarang kawalan polis mahupun saudara-mara lelaki berkenaan yang berasal dari Jalan Robani, Kampung Sungai Tiram di sini kelihatan sehingga jam 6 petang hari ini.

Kelmarin media melaporkan kejadian serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru pada 2.30 awal pagi mengorbankan dua anggota polis manakala seorang lagi mengalami kecederaan.

Penyerang terbabit yang bertopeng dan berpakaian gelap serta bersenjatakan parang mati ditembak di lokasi kejadian.

Anggota polis yang maut adalah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said.

Manakala anggota yang tercedera, Koperal Mohd Hasif Roslan bertugas di Unit Rondaan Cegah Jenayah.

Susulan itu, polis kemudian menyerbu rumah keluarga lelaki berkenaan.

Kesemua lima ahli keluarga suspek berusia antara 19 tahun hingga 62 ditahan untuk siasatan lanjut.

Termasuk mereka berlima, dua penuntut institut pengajian tinggi (IPT) turut ditahan reman.

Kawasan rumah suspek merupakan tanah persendirian terletak berhampiran Sekolah Tarbiyah Islamiyah Luqmanul Hakiem di Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor yang ditutup pada 2002.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button