BERITA SEMASA

‘Simpan bawah karpet’ bermaksud terdapat kes dilaporkan tidak dianggap serius – Fadhlina

KUALA LUMPUR – Kenyataan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad terdapat banyak perkara negatif membabitkan sistem pendidikan negara ‘disimpan bawah karpet’ bukan bermaksud banyak kes yang berlaku disembunyikan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika menjelaskan perkara itu berkata, ‘simpan bawah karpet’ dimaksudkan adalah terdapat kes dilaporkan tidak dianggap serius menyebabkan tiada tindakan menyeluruh dilaksanakan.

Menurut beliau, perkara itu amat menggusarkan pihaknya kerana ia boleh menyebabkan sebahagian kes berlarutan sehingga menimbulkan implikasi yang lebih besar.

Justeru, katanya, semua kes yang dikesan ‘disimpan bawah karpet’ itu akan dibawa keluar untuk ditangani bagi mengelakkan sebarang kejadian lebih buruk.

“Terdapat insiden yang sudah diketahui atau dimaklumkan kepada pihak berkaitan, guru, pentadbir, guru kaunseling, Pejabat Pendidikan Daerah (JPN) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

“Bagaimanapun dianggap kes kecil, tidak serius atau bersifat sementara. Akibat persepsi itu, tindakan intervensi mungkin ringan dan tidak menyeluruh,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Fadhlina berkata demikian bagi menjawab soalan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) berhubung tindakan KPM bagi memastikan insiden tragis membabitkan pelajar sekolah tidak berulang.

Mohd. Azam sebelum ini dipetik sebagai berkata, hanya dalam tempoh tiga bulan selepas dilantik memegang jawatan, beliau mendapati banyak insiden negatif di sekolah ‘disimpan di bawah karpet’

“Jika semua mahu disimpan dalam karpet, seolah-olah hanya perkara baik sahaja yang ada… tetapi hakikatnya ada sesuatu yang berlaku.

“Ini umpama duri dalam daging dan umpama bom atom yang hanya tunggu untuk meletup sahaja. Ia memang menyedihkan banyak data dalam gejala ini saya kutip,” kata Mohd. Azam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button