BUDI95: Orang ramai diingat tidak panik beli minyak RON95 – Saifuddin
PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan orang ramai agar tidak membuat pembelian ‘panik’ minyak RON95 pada 30 September ini.
Beliau berkata, orang ramai tidak perlu berpusu-pusu membuat pembelian kerana tarikh tersebut hanyalah hari permulaan pelaksanaan subsidi bersasar BUDI95.
Katanya, harga petrol RON95 di bawah skim berkenaan akan kekal pada kadar RM1.99 seliter selepas tarikh pelaksanaan itu.
Rakyat tidak perlu bimbang. Harga subsidi bersasar BUDI95 tetap kekal RM1.99 seliter pada hari berikutnya,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, semalam.
Saifuddin dalam pada itu menasihatkan pengguna supaya membuat persediaan lebih awal dengan menukar cip MyKad yang rosak bagi mengelakkan masalah ketika pengesahan kelayakan BUDI95 di stesen minyak.
“Sekiranya berlaku gangguan sistem, kaunter manual turut disediakan.
“Pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan semakan akan dibuat secara automatik,” jelasnya.
Beliau berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan kelancaran pelaksanaan serta mengelakkan sebarang gangguan di stesen minyak.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








