SUKAN

Rumput hibrid ganti zeon zoysia di SBNJ

KUALA LUMPUR – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mendermakan rumput hibrid yang ketika ini ditanam di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos kepada Stadium Nasional Bukit Jalil (SBNJ), Kuala Lumpur.

Menurut JDT dalam satu kenyataan, hasil kaji selidik yang dijalankan di padang Stadium Nasional menunjukkan bahawa rumput hibrid lebih sesuai ditanam di stadium keramat Harimau Malaya itu.

Katanya, rumput hibrid memenuhi keperluan stadium pelbagai guna kerana ketahanan dan fleksibilitinya sesuai untuk acara sukan serta bukan sukan.

“Inisiatif itu dititahkan oleh baginda selepas mengadakan pertemuan bersama Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan serta Datuk Seri Windsor John, Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC),” kata JDT dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, rumput zeon zoysia yang sebelum ini ditanam di SBNJ akan dibuka dan dipasang di padang Majlis Sukan Negara.

“Padang tersebut sering digunakan oleh Sekolah Sukan Bukit Jalil dan pasukan-pasukan bola sepak negara,” kata kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, Tunku Ismail turut berkenan menaja penukaran rumput di SBNJ daripada jenis cow grass kepada zeon zoysia.

Namun, keadaan padang yang turut digunakan untuk acara lain menyebabkan rumput zeon zoysia itu sering mengalami kerosakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button