SUKAN

Percanggahan dokumen, FIFA dapati dokumen 7 pemain warisan palsu

KUALA LUMPUR – Krisis bola sepak tanah air memasuki fasa baharu apabila Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menjatuhkan hukuman ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya selepas didapati terbabit dalam isu pemalsuan dokumen.

Dalam keputusan rasmi Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas tempoh 10 hari untuk menjelaskan motivated decision berakhir, FAM diperintah membayar denda yang ditetapkan manakala tujuh pemain terbabit digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak.

Mereka ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

Menurut FIFA, siasatan mendapati FAM melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib badan itu, khususnya berkaitan pemalsuan serta pengubahan dokumen rasmi.

Siasatan yang dijalankan turut menemui percanggahan ketara antara dokumen yang dikemukakan FAM dengan rekod asal di negara kelahiran sebenar tujuh pemain berkenaan.

FIFA dalam kenyataan menjelaskan, dokumen asal menunjukkan datuk atau nenek kepada pemain terbabit tidak dilahirkan di Malaysia seperti didakwa.

“Rekod rasmi dari negara masing-masing mengesahkan bahawa tiada sebarang pertalian sah dengan Malaysia,” kata laporan hasil siasatan FIFA.

Tambah laporan itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pula hanya mengeluarkan salinan berdasarkan maklumat sekunder yang diserahkan kepada mereka, bukan berpandukan rekod kelahiran asal.

Dengan keputusan ini, FAM berdepan tekanan besar untuk menjelaskan kedudukan sebenar dan mengambil langkah pembetulan bagi mengelak hukuman lebih berat pada masa akan datang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button