Isu dokumen pemain warisan: TMJ mahu bukti kukuh dikemuka
KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan semua pihak perlu mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan pemain warisan negara dan bukan sekadar melontarkan teori.
Baginda bertitah, segala fakta dan bukti yang ada perlu dikumpulkan serta diserahkan kepada agensi kerajaan berkuasa untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut undang-undang.
“Inilah pentingnya kita menggunakan segala bukti dan fakta yang ada dan serahkan kepada agensi kerajaan yang berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang.
“Bukan setakat teori. Kumpul semua bukti yang ada beramai-ramai demi bola sepak tanah air,” titah baginda dalam satu hantaran di platform X.
Tunku Mahkota Ismail mengulas isu berkenaan susulan polemik berhubung pemain warisan yang didakwa melibatkan pemalsuan dokumen.
Terdahulu, FIFA menjatuhkan hukuman terhadap tujuh pemain warisan Malaysia selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan kesalahan pemalsuan dokumen.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kemudian mengemukakan rayuan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) namun ditolak sebelum kes itu dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Keputusan muktamad rayuan berkenaan masih belum diumumkan selepas prosiding perbicaraan selesai baru-baru ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







