Punca kematian pegawai AKPS akibat tekanan pada leher
SEREMBAN – Punca kematian pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang ditemukan maut di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Nilai, Khamis lepas adalah disebabkan tekanan pada bahagian leher.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, dapatan awal itu hasil bedah siasat selama hampir lima jam bermula pukul 9.40 pagi tadi di Hospital Tuanku Ja’afar, di sini.
“Pemeriksaan turut menemukan tiga kesan tikaman menggunakan senjata tajam iaitu dua di perut dan satu di pipi kanan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Khamis lepas, Wanita berusia 30-an itu ditemukan maut selepas disyaki ditikam suaminya di kuarters berkenaan dipercayai akibat perselisihan faham.
Alzafny sebelum ini berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 9.30 malam selepas suami mangsa berusia dalam lingkungan 30-an menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor memaklumkan kematian itu.
Lelaki itu kini direman hingga 22 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








