BERITA SEMASA

MOTAC, JPJ lancar bidaan nombor pendaftaran istimewa ‘V-MY’ sempena Tahun Melawat Malaysia

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melancarkan bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri ‘V-MY’ sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Bidaan bagi nombor pendaftaran khas bermula daripada ‘V 1 MY’ hingga ‘V 9999 MY’ itu akan dibuka menerusi sistem JPJeBid bermula 13 Jun ini dan berakhir pada 17 Jun ini jam 10 malam.

Majlis pelancaran NPI siri ‘V-MY’ telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man yang mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya sebagai simbolik sokongan terhadap usaha memperhebat promosi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kerjasama antara MOTAC dan Kementerian Pengangkutan menerusi JPJ merupakan langkah penting dalam memperkukuh penglibatan agensi kerajaan, sektor swasta serta masyarakat dalam menjayakan agenda pelancongan negara.

“Kerjasama ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh penyertaan agensi kerajaan, pihak swasta dan masyarakat dalam menyokong agenda nasional ini.

“Justeru, MOTAC bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan melalui JPJ bagi memperkenalkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) ‘V 1 MY’ hingga ‘V 9999 MY’ sempena VM2026,” katanya dalam kenyataan.

Menurut MOTAC, penawaran nombor pendaftaran istimewa tersebut akan dilaksanakan sepenuhnya melalui bidaan dalam talian menggunakan sistem JPJeBid, tertakluk kepada syarat-syarat semasa serta harga minimum yang ditetapkan oleh JPJ.

Dalam pada itu Menurut MOTAC,
nombor bernilai utama dibida pada harga RM20,000, nombor premium (RM5,000), nombor menarik (RM2,500)
nombor popular (RM500), nombor biasa (running) RM300.

MOTAC berkata, inisiatif itu bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai memiliki nombor pendaftaran eksklusif, malah berfungsi sebagai medium promosi bagi meningkatkan kesedaran dan sokongan terhadap Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button