Kes bunuh pelajar IPT, polis sudah dapatkan rakaman CCTV
SHAH ALAM – Polis sudah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam usaha mengesan suspek pembunuhan seorang penuntut wanita sebuah universiti tempatan di Cyberjaya, kelmarin.
Menurut Ketua Polis , Datuk Hussein Omar Khan, rakaman CCTV itu diperoleh daripada pelbagai sumber dan beberapa lokasi berhampiran, lapor HM Online.
BACA LAGI:
[KEMAS KINI] Polis buru suspek bunuh pelajar IPT di Cyberjaya
“Rakaman itu akan digunakan untuk mengenal pasti suspek dan bagi mengecilkan lokasi di mana kemungkinan suspek berada,” katanya, hari ini.
Laporan media sebelum ini menyebut, punca kematian pelajar wanita itu adalah disebabkan hentakan kuat di kepala.
Susulan kejadian, kes diklasifikasikan menruut 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mangsa berusia 20 tahun dan berasal dari Kuching, Sarawak merupakan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi dan tinggal di unit kondominium berkenaan bersama lima lagi rakannya.
Bagaimanapun, lima rakan mangsa sudah pulang bercuti sejak 21 Jun lalu manakala mangsa tinggal bersendirian kerana dijadualkan menghadapi peperiksaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




