JENAYAH & MAHKAMAH

[KEMAS KINI] Polis buru suspek bunuh pelajar IPT di Cyberjaya

CYBERJAYA – Polis Sepang mengesahkan penemuan jasad pelajar wanita sebuah universiti tempatan dalam sebuah unit di Kondominium Mutiara Ville, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 10.28 pagi mengenai penemuan seorang wanita yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan awal di lokasi mendapati, mangsa seorang pelajar perempuan berbangsa Sikh berusia 20 tahun, sudah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Jelas beliau, siasatan lanjut di tempat kejadian tidak menemukan sebarang kesan pecah masuk ke atas kediaman mangsa.

“Pemeriksaan lanjut ke atas jasad mangsa mendapati, kesan kecederaan di bahagian kepala.

“Jasad mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik, Hospital Serdang untuk bedah siasat,” tambahnya.

Beliau kemudiannya memberitahu, hasil bedah siasat ke atas jasad mangsa mendapati, punca kematian adalah disebabkan pukulan objek tumpul ke kepala, manakala tiada sebarang kesan kecederaan yang boleh dikaitkan dengan rogol ditemukan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” tambahnya lagi.

Norhizam turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Mohd Husny Hussein di talian 012-9307860 atau hadir ke mana-mana balai polis yang berhampiran.

“Orang ramai juga diseru supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita tidak benar yang boleh menjejaskan siasatan.” kata Norhizam lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button