JENAYAH & MAHKAMAH
Isu RCI Tabung Haji: Tempoh reman bekas menteri disambung 2 hari lagi
PUTRAJAYA – Tempoh reman seorang bekas menteri yang ditahan bersabit isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji disambung dua hari lagi.
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), perintah reman bermula 7 September sehingga 8 September 2026 terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Sebelum ini, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu direman selama lima hari sehingga 6 September 2026.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








