Menteri Pendidikan bangga pencapaian Taanusiya di Miss World 2026
KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian wakil Malaysia, Taanusiya Chetty yang meraih tempat ketiga pada pertandingan Miss World 2026.
Fadhlina berkata pencapaian itu amat bermakna selepas 27 tahun nama Malaysia kembali berada dalam kelompok tiga terbaik pertandingan berkenaan.

“Bukan selalu nama Malaysia berada dalam kelompok tiga terbaik Miss World. Selepas 27 tahun, Taanusiya Chetty membawa kita kembali ke sana.
“Tahniah Taanusiya atas pencapaian meraih tempat ketiga Miss World 2026,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Beliau turut tertarik dengan sisi Taanusiya yang meletakkan pendidikan dan kerja advokasi sebagai sebahagian daripada perjuangannya.
“Kecantikan mungkin membuka pentas, namun ilmu dan pemikiran menentukan perkara yang dilakukan apabila berada di pentas berkenaan.
“Kerana kecantikan mungkin membuka pentas, tetapi ilmu dan pemikiran menentukan apa yang kita lakukan apabila berada di atasnya.
“Tahniah Taanusiya. Terus gunakan pentas dan suara yang ada untuk membawa perkara-perkara yang bermakna.
“Malaysia bangga!” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |



