Penjawat awam direman SPRM disyaki terima rasuah RM5,000
SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM5,000 bagi memudahkan urusan tuntutan bayaran interim projek pemuliharaan bangunan sebuah sekolah di negeri ini.
Perintah reman selama empat hari sehingga 11 April 2026 terhadap suspek dikeluarkan Majistret Sara Afiqah Zulkifli selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Seremban, pagi tadi.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan pada pukul 5.50 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.
“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar Jun 2024 dan menerima wang rasuah secara tunai dalam mata wang asing, iaitu kira-kira €1,000,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








