JENAYAH & MAHKAMAH

SPRM tahan wanita disyaki minta, terima rasuah RM30,000

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang wanita berusia 60-an yang juga pemilik sebuah syarikat perundingan, pengurusan dan perniagaan kerana disyaki meminta serta menerima rasuah kira-kira RM30,000.

Rasuah itu dipercayai sebagai balasan untuk mendapatkan geran dan pinjaman di bawah skim pembiayaan kewangan usahawan Bumiputera bagi dua syarikat yang terbabit dalam industri persenjataan dan pertahanan.

Suspek ditahan di ibu negara kira-kira jam 6.45 petang Khamis lalu dan direman bermula semalam selepas Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membenarkan permohonan SPRM.

Siasatan awal mendapati wanita berkenaan dipercayai melakukan perbuatan itu pada Mac 2025 dengan meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM30,000 daripada seorang pemilik syarikat berkaitan persenjataan dan pertahanan.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Zakkuan Talib, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan kesalahan meminta atau menerima suapan secara rasuah sebagai dorongan atau ganjaran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button