Krishh Live In Concert gegar Negeri Sembilan, catat sejarah hiburan India antarabangsa
SEREMBAN – Konsert ‘Krishh Live In Concert’ yang dijadualkan berlangsung di N9 Arena, Nilai bakal mencipta sejarah tersendiri dengan menghimpunkan penghibur antarabangsa dari India pada 2 Mei 2026 .
Dianjurkan oleh Sugma Showcase Sdn. Bhd, konsert yang bermula pukul 6.30 petang itu dijangka menarik kira-kira 4,500 penonton turut menampilkan persembahan muzik dan tarian dari artis tempatan.
Majlis pelancaran yang diadakan pada 25 Mac lalu di d’Tempat Country Club, Nilai, disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan, dengan kehadiran tetamu kenamaan serta rakan industri. Acara itu turut memberi peluang kepada peminat bertemu artis utama, Krishh.
Konsert itu mendapat sokongan Matrix Concepts Holdings Berhad sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026, sekali gus mempromosikan negeri itu sebagai destinasi hiburan berskala besar.

Menurut wakil penganjur, Chris Choy Ying Loong, penganjuran konsert itu bukan sekadar persembahan tetapi usaha mewujudkan pengalaman kebersamaan dalam kalangan komuniti melalui hiburan berkualiti.
Diterajui Pengarah Urusan, Sumathy Nadarajah, Sugma Showcase komited mempersembahkan hiburan langsung bertaraf tinggi sambil mengeratkan hubungan budaya melalui muzik.
“Ia adalah satu perayaan muzik, budaya dan perpaduan. Kami percaya konsert ini akan menetapkan penanda aras baharu bagi hiburan India bertaraf antarabangsa di negeri ini,” katanya.
Selain Krishh sebagai artis utama, konsert ini turut menampilkan artis tempatan seperti Kyra Band dan Era Dancer, serta artis India termasuk Soundarya Bala, Narayanan, Sanjana Kalmanje, Srikanth Hariharan dan Punya Selva.
Tiket dijual pada harga antara RM109 hingga RM1,299 menerusi Mytickets Asia.
Dengan barisan artis mantap dan sambutan yang dijangka hangat, ‘Krishh Live In Concert’ berpotensi menjadi antara acara hiburan paling menonjol di Negeri Sembilan bagi tahun 2026.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








