BERITA SEMASA

Jururawat maut dipercayai akibat renjatan elektrik

MACHANG – Seorang jururawat Hospital Tanah Merah maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik dari alat pemanas air di dalam di bilik mandi rumahnya di Kampung Pangkal, di sini semalam.

Mangsa, Habibi Hussin, 46, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3.50 petang ketika sedang menerima rawatan di Hospital Machang, di sini.

Menurut Kosmo yang memetik sumber, ahli keluarganya membawa wanita itu ke Hospital Machang selepas menyedari mangsa terkena renjatan elektrik.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di hospital berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Mohd.Azman Yacob mengesahkan pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu.

Related Articles

Katanya, JKNK masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kejadian yang menyebabkan mangsa terkena renjatan elektrik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button