Jerebu cetus batuk berlarutan, WOODS’ kongsi panduan kenali jenis batuk
KUALA LUMPUR – Jerebu dan cuaca tidak menentu ketika ini menyebabkan tekak gatal serta batuk berlarutan menjadi antara masalah yang diberi perhatian, terutama dalam kalangan keluarga yang terdedah kepada perubahan kualiti udara.
Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) mencecah tahap “Tidak Sihat” di puluhan lokasi di seluruh negara, dari Lembah Klang hingga Sarawak, ketika cuaca turut berubah daripada panas dan kering kepada hujan lebat dalam minggu sama.
Zarah halus dalam jerebu boleh merengsakan hidung, tekak dan saluran pernafasan, sekali gus menyumbang kepada batuk serta rasa tidak selesa pada tekak.
Pengurus Negara, Kalbe Malaysia Sdn Bhd, Oktavianus berkata, rakyat Malaysia semakin belajar menyesuaikan diri dengan keadaan jerebu yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.
“Musim jerebu sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia, dan orang ramai semakin belajar untuk menyesuaikan diri.
“Apa yang kami lihat, rakyat Malaysia hari ini mahu memahami apa yang berlaku pada tubuh mereka, bukan sekadar mencapai botol terdekat di rak. Ini satu perubahan yang sangat positif,” katanya.
Sehubungan itu, WOODS’ turut berkongsi panduan mengenai perbezaan jenis batuk yang perlu diketahui orang ramai, khususnya ketika musim jerebu.
Batuk berkahak atau batuk produktif mengeluarkan kahak atau lendir, manakala batuk kering terasa gatal dan tidak mengeluarkan kahak.
Oleh kerana setiap jenis batuk memerlukan kaedah kelegaan yang berbeza, mengenali jenis batuk menjadi langkah pertama yang berguna.
Bagi batuk berkahak, produk yang mengandungi ekspektoran seperti guaifenesin membantu melonggarkan kahak supaya lebih mudah dikeluarkan.
Sirap Batuk Pudina WOODS’ menggabungkan guaifenesin yang berkesan untuk batuk berkahak dengan pudina yang memberikan sensasi melegakan pada tekak.
Dalam perkembangan lain, WOODS’ turut menerima Anugerah Emas bagi kategori Kesihatan di Putra Aria Brand Awards [2025], anjuran Persatuan Agensi Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As), yang mengiktiraf jenama berdasarkan pertumbuhan pilihan pengguna.
“Bagi jenama warisan, pengiktirafan yang datang terus daripada pengguna amat bermakna.
“Ia menunjukkan bahawa kepercayaan yang dibina oleh generasi terdahulu terus dibawa ke hadapan. Ia juga mendorong kami untuk terus melabur dalam cara kami mendekati rakyat Malaysia, sama ada melalui pendidikan, platform baharu atau sekadar hadir dalam detik-detik yang penting bagi keluarga,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







