BERITA SEMASA

JPN Sarawak arah tutup 30 sekolah di Lubok Antu berkuat kuasa serta-merta

KUCHING – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak mengarahkan penutupan 30 sekolah di daerah Lubok Antu berkuat kuasa serta-merta bermula esok (28 Ogos) sebagai langkah menjaga kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan murid serta warga institusi pendidikan.

Arahan itu selaras dengan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan pelaksanaan aktiviti luar institusi pendidikan semasa cuaca panas itu melibatkan 28 sekolah rendah dan 2 sekolah menengah.

Dalam kenyataan hari ini, JPN Sarawak turut menasihatkan semua institusi pendidikan di bawah seliaannya supaya sentiasa mematuhi garis panduan berkenaan.

“Berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan setakat jam 8 malam, dimaklumkan bahawa penutupan sementara semua institusi pendidikan di bawah seliaan Pejabat Pendidikan (PPD) Lubok Antu berkuat kuasa serta merta pada 28 Ogos 2026 (Jumaat).

“Penutupan ini melibatkan 28 buah sekolah rendah (2,242 orang murid) dan dua sekolah menengah (1,793 orang murid,” katanya.

Sehubungan itu, Institusi pendidikan juga diminta peka terhadap perkembangan semasa dengan merujuk portal rasmi Jabatan Alam Sekitar menerusi Air Pollutant Index Management System (APIMS) bagi memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan atau daerah masing-masing.

Selain itu, pihak sekolah juga perlu mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa bagi memastikan kesihatan murid dan warga institusi pendidikan terus terpelihara.

Lima hari lalu, sebanyak 591 sekolah di bawah seliaan 10 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sarawak ditutup berikutan kualiti udara yang semakin merosot akibat jerebu rentas sempadan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button