JENAYAH & MAHKAMAH

Kes amang seksual pelajar: Guru tuisyen direman sehingga 21 Oktober

KUALA LUMPUR – Seorang guru tuisyen berstatus penjawat awam yang disyaki melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual terhadap lima pelajar lelaki bawah umur direman sehingga 21 Oktober ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek berusia lewat 40-an manakala kesemua mangsa berusia belasan tahun.

“Kesemua lima pelajar yang menjadi mangsa dalam kes terbabit berusia lingkungan belasan tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan polis menerima lima laporan berhubung kes persetubuhan luar tabii dan amang seksual melibatkan lima mangsa pelajar lelaki tempatan.

Fadil berkata kejadian dipercayai berlaku di rumah suspek yang dijadikan pusat tuisyen.

Katanya, laporan pertama diterima pada 6 Oktober lalu, diikuti laporan kedua pada 10 Oktober, manakala tiga lagi laporan diterima pada 11 Oktober lalu di Balai Polis Bukit Jalil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button