POLITIK

Kok Seong fokus pertahan Bahau, tolak rasa terlalu yakin

JEMPOL – Calon Pakatan Harapan (PH) di bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bahau, Teo Kok Seong tidak mengambil mudah peluang mempertahankan kerusi itu walaupun beliau menang dengan majoriti 8,408 undi, pada PRN yang sebelum ini.

Kok Seong berkata, tempoh berkempen yang tinggal seminggu sebelum hari pengundian PRN Negeri Sembilan ke-16 akan dimanfaatkan untuk bertemu seramai mungkin pemilih di kawasan tersebut, lapor FMT.

“Walaupun sebelum ini menang majoriti 8,408 undi, saya tetap akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan DUN Bahau. Saya tidak menganggapnya mudah kerana setiap undi amat penting,” katanya.

Beliau berkata, tumpuan kempennya merangkumi semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

Ketika diminta mengulas mengenai dakwaan gelombang sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam kalangan pengundi bukan Melayu di Johor mungkin berlaku di Negeri Sembilan, Kok Seong berkata sentimen politik di dua negeri itu berbeza.

“Itu Johor, ini Negeri Sembilan. Keadaan dan sentimen di sini berbeza,” katanya.

Kok Seong turut mengulas mengenai kerjasama antara BN dan Perikatan Nasional (PN) pada PRN kali ini sambil berkata, kerjasama itu merupakan hak dua parti berkenaan, namun PH bersedia memberi saingan terbaik.

“Yang paling penting ialah rakyat memilih calon dan parti yang benar-benar dapat membantu rakyat serta menunaikan janji,” katanya lagi.

Pada PRN 1 Ogos ini, Teo akan berdepan satu sama satu dengan calon BN, Chong Fui Ming.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button