Sarawak kekal komited pertahan litupan hutan 62 peratus
KUCHING – Sarawak kekal komited mengekalkan litupan hutan sebanyak 62 peratus daripada keseluruhan keluasan tanahnya, selain memperluas inisiatif tenaga boleh baharu bagi mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan kelestarian alam sekitar.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, negeri itu mempunyai keluasan tanah 12.4 juta hektar yang merangkumi kawasan hutan luas dan kaya dengan kepelbagaian biologi.
“Kawasan berkenaan memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan mampan dan komitmen itu selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030.
“Komitmen itu selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030, yang mengutamakan kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Persidangan Pendidikan Alam Sekitar Antarabangsa 2026, di sini semalam.
Awang Tengah berkata, Sarawak menetapkan sasaran enam juta hektar bagi Hutan Simpanan Kekal dan satu juta hektar kawasan perlindungan sepenuhnya bagi melindungi kepelbagaian biologi, habitat semula jadi serta kawasan tadahan air.
“Litupan hutan Sarawak turut menyumbang kepada komitmen Malaysia untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara di bawah litupan hutan.
“Kami mempunyai kawasan yang luas di Sarawak. Saya berpendapat, lebih 1.2 juta hektar daripada keseluruhan tanah diperuntukkan untuk kawasan Jantung Borneo,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menggesa kerjasama antarabangsa yang lebih erat bagi menangani jerebu rentas sempadan kerana asap yang dibawa angin dari kawasan jiran boleh menjejaskan Sarawak.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








