BERITA SEMASA

PH rayu sokongan rakyat terus kekalkan kerajaan Negeri Sembilan

SEREMBAN – Pakatan Harapan (PH) merayu rakyat Negeri Sembilan agar terus memberikan mandat kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan mengekalkan kerajaan sedia ada demi memastikan kesinambungan pembangunan, kestabilan dan kesejahteraan negeri.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Aminuddin Harun, sepanjang dua penggal mentadbir Negeri Sembilan, kerajaan negeri berjaya membuktikan keupayaan mentadbir dengan berteraskan integriti, kecekapan dan keadilan.

Aminuddin menegaskan, pencapaian kerajaan negeri dapat dilihat menerusi pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, kemasukan pelaburan yang mencatat rekod serta penyampaian bantuan kebajikan kepada rakyat tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik.

“Bagaimanapun usaha membangunkan negeri masih belum selesai dan memerlukan kesinambungan dasar serta pentadbiran yang stabil bagi memastikan kemajuan yang dicapai dapat diteruskan,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Menurut Aminuddin, manifesto Kekal Harapan bukan sekadar menawarkan janji, sebaliknya berpaksikan rekod pencapaian kerajaan sepanjang tempoh pentadbiran.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Negeri Sembilan agar mempertahankan kestabilan sedia ada dengan terus memberikan sokongan kepada gabungan berkenaan pada hari pengundian.

“Marilah bersama-sama memastikan Negeri Sembilan terus bersih, muafakat dan sejahtera demi masa depan generasi akan datang,” menurutnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button