
Jerebu: Sekolah di Selangor beroperasi seperti biasa esok
SHAH ALAM – Semua institusi pendidikan di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) beroperasi seperti biasa pada Jumaat, namun semua aktiviti luar ditangguhkan susulan keadaan jerebu.
JPNS berkata, murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko kesan pencemaran udara terhadap kesihatan.
Menurutnya, ibu bapa yang bimbang terhadap kesihatan anak masing-masing dibenarkan tidak menghantar mereka ke sekolah dengan syarat memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak sekolah.
“Bagi menjamin kesihatan warga sekolah, JPNS dan pihak pentadbir akan sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada Jabatan Alam Sekitar secara berkala serta memberi perhatian khusus kepada murid berisiko tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
JPNS turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa merujuk saluran komunikasi rasmi jabatan atau pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat sahih dan terkini berhubung status pengoperasian institusi pendidikan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







